
Isnin , 02/01/2012 – Sheikh Adnan Khader, seorang pemimpin Jihad Islam, telah mogok lapar dalam pusat tahanan Israel, Jalama sejak penangkapan beliau sepuluh hari yang lalu.
Ahmed Al-Beitawi, seorang penyelidik dari Tadamoun menyebut bahawa isteri Sheikh memberitahu yang suaminya telah dibawa dari rumahnya di Arrabe, daerah Jenin pada 17 Disember ke Jalama. Beliau berkata bahawa Sheikh dilayan secara kejam sejak beliau ditangkap seperti mengetatkan gari di kedua-dua kaki dan tangan beliau sebagai tambahan kepada penghinaan terhadapnya malah menentang Tuhan, yang mendorong beliau untuk mogok lapar.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul