Categories
Berita Semasa

IOF serahkan notis pemusnahan, tangkap lebih ramai penduduk Tebing Barat

Isnin , 02/01/2012 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah mennyerahkan 5 notis pemusnahan rumah kepada pemilik-pemilik rumah yang terbabit di Al-Khalil dan Baitulaham pada Selasa lalu, kata sumber tempatan. Menurut mereka lagi, IOF telah menyerahkan notis pemusnahan itu kepada 2 orang pemilik rumah di bahagian barat Kampung Dura, iaitu di selatan Bandar Al-Khalil. Alasan pemusnahan yang dicatatkan adalah kerana rumah-rumah mereka dibina di atas kawasan tentera.

Manakala pasukan IOF daripada unit-unit lain telah menghantar notis yang sama kepada 3 orang pemilik rumah di Kampung Nahalin, barat Baitulaham. 2 daripada 3 rumah terbabit masih dalam proses pembinaan.

Selain itu, IOF turut menangkap 4 orang rakyat Palestin di kampung-kampung yang sama di Bandar Al-Khalil dan Baitulaham menjelang waktu Subuh hari selasa lalu selepas memecah masuk banyak rumah dan mencari mangsa, lapor akhbar harian berbahasa Hebrew, Yediot Arhonot.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa