22 Rakyat Palestin terbunuh manakala 70 yang lain cedera dalam serangan Zionis

Jumaat, 07/07/2006 –
22 rakyat Palestin telah terbunuh Khamis lalu akibat serangan dari Rejim Zionis dalam kempen mereka di Semenanjung Gaza. 17 lagi di laporkan cedera.


Kebanyakkan mangsa adalah dari Beit-Lahya dan sasaran serangan roket Israel tersebut adalah ke atas kumpulan Pejuang Pembebasan Palestin dan penduduk sekitar bandar tersebut . 11 terbunuh dan kebanyakkan mereka terdiri dari rakyat biasa termasuk kanak-kanak. 6 lagi rakyat Palestin terbunuh di kawasan lain di utara dan selatan semenanjung Gaza.

Sebuah helikopter Apache lengkap bersenjata tanpa jurupandu telah melancarkan serangan ke atas kumpulan Pembebasan Palestin. Israel menyatakan bahawa pencerobohan ke atas Gaza adalah untuk menguatkan tahap keselamatan di kawasan itu dan untuk mengelakkan serangan dari Pejuang Pembebasan Palestin yang menggunakan peluru berpandu buatan sendiri.