Organisasi Islam Indonesia Berhimpun Kecam Keganasan Israel

Jumaat, 07/07/2006 –

Sekitar 5000 orang dari pelbagai perwakilan organisasi masyarakat Islam hari ini, Khamis (06/07) berhimpun di jalan mengutuk keganasan Zionis Israel. Perhimpunan aman yang dimulai dari dataran HI menuju pejabat PBB ini dihadiri oleh beberapa tokoh umat Islam

Sekitar pukul 2.00 petang, ribuan umat Islam berkumul di dataran HI. Lebih kurang 15 minit kemudian mereka bergerak menuju pejabat PBB di Jalan Tamrin Jakarta Pusat. Tokoh umat Islam yang memberikan ucapan dalam perhimpunan ini antaranya ialah KH. Kholil Ridwan, H. Ferry Nur dan Ismail Yusanto.

Sementara organisasi Islam yang turut dalam perhimpunan aman ini di antaranya ialah
Misi Islam, Dewan Dakwah, PUI (Persatuan Umat Islam), Laskas FPI, Hizbut Tahrir
Indonesia, KISPA dan lain-lain lagi.

Di samping ucapan beberapa tokoh pimpinan masyarakat, perhimpunan aman gabungan
organisasi masyarakat Islam ini juga menyampaikan penyataan sikap berkait tindakan
ganas yang dilakukan penjajah Zionis Israel di bumi Palestin.

Dalam pernyataan ini disebutkan, Sejak Ahad, 2 Julai lalu, Israel telah melakukan operasi ketenteraan secara besar-besaran di Semenanjung Gaza untuk membebaskan seorang tenteranya yang ditahan pejuang Palestin. Sementara itu, mereka seolah-olah
lupa bahawa pihaknya pada masa yang sama menahan lebih 9000 warga Palestin termasuk
wanita dan kanak-kanak.

Dengan menggunakan senjata berat, mortar dan tank-tank secara ganas, pihak Zionis
menyerang kawasan penduduk, bahkan juga pejabat PM Palestin Ismail Haneyyah. Israel
juga telah menangkap beberapa orang menteri dan anggota parlimen Palestin.

Sementara organisasi Islam yang turut dalam perhimpunan aman ini di antaranya ialah Misi Islam, Dewan Dakwah, PUI (Persatuan Umat Islam), Laskas FPI, Hizbut Tahrir Indonesia, KISPA dan lain-lain lagi.


Untuk itu, umat Islam mengutuk keras tindakan tersebut.Ia menunjukan kesekian
kalinya kekejaman Israel terhadap warga Palestin. Sekaligus menunjukkan bahawa
Israel memang tidak pernah bersunggun-sungguh ingin berdamai dengan Palestin.
Sementara itu, sikap membisu dunia antarabangsa, khususnya negara-negara Barat
termasuk PBB atas tindakan kejam Israel menunjukan sifat hipokrit mereka.

Sememangnya betul, Hak Asasi Manusia(HAM) hanyalah slogan kosong yang hanya
dikhaskan untuk negara Barat dan sekutunya, tetapi bukan untuk rakyat Palestin.
Dikatakan sebagai melanggar HAM apabila yang menjadi mangsa adalah warga mereka,
namun apabila tindakan keji menimpa warga Palestin atau umat Islam, mereka berdiam
sahaja dan tidak pernah menyebut ianya sebagai pelanggaran HAM,? tegasnya.

Tambahan pula demokrasi adalah sistem di mana kemenangan poltik hanyalah untuk kaum
sekular dan bukan untuk umat Islam. Hamas yang menang pilihanrya umum secara adil,
diperlakukan sewenang-wenangnya oleh Israel dan negara-negara Barat. Tindakan keji
Israel melalui gerakan ketenteraan secara besar-besaran tersebut juga menunjukkan
bahawa global war on terrorism atau perang global melawan teroris juga hanyalah
alasan untuk memerangi Islam. Bilakah mereka sungguh-sungguh ingin memerangi
teroris, mengapa tindakan kejam Israel ini dibiarkan dan para pegawai Israel yang
bertanggungjawab juga tidak disebut teroris?

Pernyataan yang dibuat juga menyeru kepada semua pimpinan negara-negara Islam untuk
bersatu mengerahkan segenap kemampuan ketenteraannya untuk menghentikan tindakan
Israel dan melindungi warga Palestin di sana. Apabila ia tidak dilakukan oleh
pemimpin negara-negara Islam ia bererti mereka turut membiarkan kezaliman dan
penderitaan warga Palestin berterusan.