
Isnin , 02/01/2012 – Susulan daripada kelulusan pembinaan 1000 buah bangunan penempatan baru di Tebing Barat dan 650 di Timur Jerusalem, kerajaan perbandaran Israel bagi Bandar Jerusalem telah meluluskan pembinaan 130 unit tambahan di penempatan Gilo, berdekatan Bethlehem pada hari Rabu.
Kelulusan ke atas unit-unit tersebut termasuklah 3 bangunan apartment dua belas tingkat di penempatan haram Israel di Gilo, dan juga pusat pelancong di kawasan kejiranan Silwan di Timur Jerusalem, dimana penduduk-penduduk Palestin telah berhadapan dengan kempen pengusiran secara paksa sejak dua tahun yang lalu.
Penempatan Gilo telah dibina di atas tanah milik rakyat Palestin yang dicuri, terletak di atas bukit di Beit Jala, yang merupakan sebahagian daripada kawasan perbandaran Bethlehem. Namun, pihak berkuasa Israel menganggap penempatan tersebut merupakan sebahagian daripada kawasan perbandaran Jerusalem. Ianya terletak di penghujung lingkungan bahagian selatan kawasan penempatan yang bertujuan untuk memperluaskan lagi sempadan-sempadan di timur Jerusalem dan untuk melenyapkan terus kawasan rakyat Palestin dari bandar Jerusalem.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar