Categories
Berita Semasa

Perdana Menteri Palestin Minta Sokongan Negara Arab Pada Ulang Tahun Serangan Israel Ke atas Gaza

Isnin , 02/01/2012 – Disaat rakyat Palestin memperingati ulang tahun ketiga pencerobohan besar-besaran Israel ke atas Semenanjung Gaza, Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyeh, menggesa negara-negara Liga Arab untuk menunjukkan sokongan kepada penduduk Gaza dan mendesak bagi menamatkan pengepungan yang berlarutan selama lima tahun yang telah memusnahkan ekonomi Gaza.

Haniyeh memberi reaksi beliau terhadap ancaman serangan baru keatas Gaza oleh Pegawai-pegawai Israel yang bersumpah akan ” menyakitkan” penduduk Gaza. Dalam serangan 2008-9 yang berakhir sebelum perlantikan Presiden Amerika, Barack Obama, tentera Israel telah membunuh hampir 1400 rakyat Palestin, termasuk lebih 300 orang kanak-kanak. Sembilan askar Israel dan 5 orang penduduk juga terkorban dalam peperangan tersebut.

Perdana Menteri Palestin yang ahli parti Hamas dipilih pada tahun 2006 tetapi tidak diiktiraf oleh Israel mahupun Amerika Syarikat, berucap tentang kepentingan bandar Baitulmaqdis terhadap orang Arab dan juga orang Muslim, serta menggalakkan pemimpin arab untuk memberi pendedahan kepada rakyat masing-masing tentang sejarah dan juga kesan agama bandar tersebut.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : solomon