Jumaat, 07/07/2006 –
Lebih 2,500 umat Islam di sekitar ibu kota berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melahirkan bantahan atas tindakan kejam pengganas-pengganas dari tentera Israel yang mengganasi selatan Gaza dalam usaha mereka memerangi kerajaan Hamas yang dipilih oleh rakyat Palestin.
Perarakan tersebut yang diketuai oleh Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, sebelum ini telah menuju ke Kedutaan British yang turut sama diiringi oleh pimpinan PAS, KeADILan dan NGO-NGO Islam dan bukan Islam antaranya; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Nawawi; Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, Ustaz Badrul Amin (KeADILan), Zaid Kamaruddin (Jim) dan pimpinan Abim.