Categories
Berita Semasa

Israel Musnahkan 500 Bangunan Palestin

Selasa , 03/01/2012 – Pihak Otoriti penjajah Zionis Israel bertekad menghancurkan ratusan bangunan Palestin di daerah “c” di Tebing Barat yang berada di bawah penguasaan Israel sesuai dengan perjanjian Oslo. Israel juga bertekad setelah itu untuk membongkar ‘penempatan liar’ di Tebing Barat.

Surat khabar Israel Ha’aretz menyebutkan bahawa Mahkamah Agung Israel telah berjanji untuk menjawab masalah orang Palestin yang diajukan ke mahkamah agung Israel atas pemusnahan bangunan-bangunan yang dibina tanpa izin dari Israel selewatnya Ogos hadapan. Ha’aretz mengatakan bahawa janji ini bererti mempercepat proses-proses pemusnahan bangunan-bangunan Palestin diantaranya adalah sekolah-sekolah.

Data dari PBB menyebutkan pemerintah Israel di Tebing Barat yang berada di bawah militan Israel setahun yang lalu telah memusnahkan sekitar 500 bangunan Palestin dan fasiliti lainnya yang mengkibatkan kerugian yang sangat besar kepada warga Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : osman