Categories
Berita Semasa

Haneyya disambut mesra oleh Erdogan di Istanbul

Selasa , 03/01/2012 – Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya tiba di Istanbul pada Ahad dalam rangka lawatannya. Beliau disambut mesra oleh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan.

Kekejaman di Baitulmuqaddis termasuk usaha ‘pengyahudian’ dan pengusiran penduduk tempatan serta langkah-langkah memelihara tempat-tempat suci turut dibincangkan dalam mesyuarat di antara dua pemimpin itu.

Erdogan turut menyatakan sokongan terhadap rundingan damai di Palestin, demikian menurut agensi Anadolu

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati