Categories
Berita Semasa

Puak Berhaluan Kanan Melakukan Serangan ke atas Pengkalan Tentera Mengaitkan Pelajar Yeshiva Israel

Rabu , 04/01/2012 – Satu penyiasatan yang dibuat oleh pihak polis Israel telah mendapati kumpulan pelajar sayap kanan Israel dari Jerusalem menyediakan bas untuk masuk ke Tebing Barat dan menyerang sebuah pangkalan tentera pada 12 Disember, bagi membantah rancangan penyingkiran penempatan haram yang di luar kawasan.

Serangan ke atas pengkalan tentera merupakan salah satu daripada siri serangan dalam tempoh tiga minggu oleh puak sayap kanan Israel, termasuk beberapa serangan ke atas masjid-masjid rakyat Palestin dan gereja-gereja di Tebing Barat dan dalam Israel. Setiap serangan mempunyai beberapa ciri persamaan termasuk slogan yang disembur cat tertulis “Tanda Harga”, yang merupakan satu slogan yang sering digunakan oleh puak sayap kanan Israel untuk mengisytiharkan bahawa penduduk Palestin asli perlu “membayar harga” setiap kali penempatan haram yang berada di luar kawasan dihapuskan.

Menurut siasatan polis, pelajar-pelajar di Mercaz Harav Yeshiva (sekolah agama Yahudi), yang diketuai oleh pendatang dari Tebing Barat, menyewa bas bagi membawa empat puluh orang pelajar dari Yeshiva untuk menyerang pengkalan tentera pada tengah malam 12 Disember.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas