Categories
Berita Semasa

Erdogan temui Haniyyeh di Istanbul

Selasa , 03/01/2012 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan, menyambut ketibaan Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyyeh, pada hari Ahad (1 Januari) di Istanbul.

Erdogan menegaskan semasa pertemuan itu bahawa negaranya (Turki) menyokong rakyat Palestin dan proses rekonsiliasi seperti yang dilaporkan oleh media Anatolia Turkey.

Haniyyeh sepanjang pertemuan itu mendedahkan bahawa Turki sememangnya telah membina satu pelan untuk membantu Gaza, dan menjelaskan bahawa ianya termasuk porjek-projek baik infrastruktur dan superstruktur.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen