Categories
Berita Semasa

Tahanan-tahanan Palestin Bakal Melancarkan Mogok Lapar Cara Irish

Rabu , 04/01/2012 – Ketua kepada Gerakan banduan Palestin di Penjara Israel dan pusat-pusat tahanan telah menyatakan bahawa situasi yang sedang dihadapi oleh tahanan-tahanan politik adalah pada keadaan yang sangat teruk, ditambah pada waktu sekarang, para tahanan yang dijatuhkan hukuman seumur hidup sedang memikirkan untuk melancarkan satu mogok lapar mengikut cara Irish, manakala tahanan-tahanan lain berkemungkinan mengikut jejak mereka.

Dalam satu kenyataan yang sampai kepada Kementerian Tahanan Palestin, para tahanan menyatakan bahawa keadaan mereka semakin merosot dari buruk kepada lebih buruk, dan isu yang mereka hadapi, serta pembebasan mereka, mestilah menjadi keutamaan kepada Pihak Berkuasa Palestin.

Mereka menyatakan bahawa Israel mestilah bertanggungjawab ke atas kekasaran yang berterusan, serangan berterusan dan keadaan yang menyalahi undang-undang yang dikenakan ke atas para tahanan, terutamanya sejak Undang-undang Antarabangsa dan semua resolusi hak-hak kemanusiaan telah menjamin hak-hak para tahanan politik.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar