Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa kebebasan awam akan bermesyuarat esok

Rabu , 04/01/2012 – Seorang pegawai kanan Hamas yang juga merupakan anggota Jawatankuasa Kebebasan Awam, Ismail Al-Ashqar, berkata bahawa jawatankuasanya akan bermesyuarat pada hari Isnin ini bagi membincangkan beberapa isu penting dan kontroversi yang merencatkan perjanjian perpaduan kebangsaan.

Sebuah akhbar Palestin melaporkan bahawa Ashqar memaklumkan bahawa
jawatankuasa itu akan membincangkan isu berkaitan penahanan politik, passport, penutupan beberapa pertubuhan kebajikan dan institusi, serta halangan ke atas perjalanan dan aktiviti politik.

Pegawai Hamas tersebut mengesahkan bahawa pergerakannya akan menangani
isu-isu ini dengan lebih fleksibel dan telus daripada sebelumnya serta meletakkan kepentingan negara lebih daripada perkara lain. Jawatankuasa itu dianggotai oleh banyak pergerakan di Palestin termasuklah Fatah, Jihad Islami dan Arab Front.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa