Categories
Berita Semasa

IOF geledah rumah, culik 13 rakyat Palestin

Jumaat , 06/01/2012 – Menjelang waktu Subuh Isnin lalu, tentera rejim Zionis (IOF) telah menculik seramai 13 orang rakyat Palestin dari beberapa buah kawasan yang berbeza, kebanyakkannya dari Bandar Al-Khalil. Sumber tempatan memaklumkan bahawa IOF telah menculik 6 orang rakyat Palestin dari Bandar Al-Khalil, yang mana 2 orang daripada mereka dari Kem Pelarian Al-Aroub semasa operasi menggeledah rumah-rumah dilakukan.

Operasi melakukan penangkapan tanpa sebab ini dilakukan oleh IOF hampir setiap hari dengan alasan ingin mencari rakyat Palestin yang terbabit membaling batu ataupun sedang merancang melakukan serangan ke atas rejim Zionis.

Dalam kejadian berasingan, pertempuran telah berlaku menjelang waktu Subuh di Kampung Romana yang terletak di bahagian barat Bandar Jenin, antara 2 orang pemuda Palestin dengan IOF yang sedang dalam perjalanan untuk menyerang perkampungan berhampiran.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa