
Jumaat , 06/01/2012 – Abdul-Nasser Farawna, bekas tahanan politik dan penyelidik Palestin yang pakar dalam hal ehwal tahanan, telah menerbitkan satu laporan, mendedahkan bahawa sehingga tahun baru 2012, dan walaupun Israel telah membebaskan seramai 1027 tahanan sebagai perjanjian pertukaran-tahanan, masih terdapat 4500 orang tahanan Palestin dan berdozen tahanan Arab, masih dipenjarakan di beberapa pusat soal siasat Israel, penjara, dan pusat tahanan. Tahanan Arab terdiri daripada warganegara beberapa negara Arab, tetapi majoritinya dari Jordan, Syria, dan Mesir.
Laporan tersebut mendedahkan majoriti besar tahanan politik Palestin (82%) yang ditahan pihak Israel adalah dari Tebing Barat, dan selebihnya dari Semenanjung Gaza, kawasan jajahan Arab, dan kawasan taklukan Timur Baitulmaqdis.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep