Isnin, 10/07/2006 –
Rejim Zionis mengganas dengan menyerbu, menggeledah rumah-rumah di Tebing Barat selepas tembakan membabi-buta, memukul, menembak gas pemedih mata di bandar Nablus dan menahan beberapa orang di kem Askar dan Baitul Ma.
Manakala di Tobas, jalan-jalan di Tayseer disekat dan semua orang awam menjalani sekatan yang ketat di pos-pos kawalan haram Israel.Di Jenin, Rejim Zionis menembak secara intensif dalam menceroboh bandar dan kem pelarian sebelum mengawal jalan perhubungan sambil menembak ke arah rumah orang.Di daerah Al-Khalil, rejim zionis melarang petani Palestin daripada mengambil air dari sebuah telaga untuk tanaman dan ternakan dalam usaha melumpuhkan aktiviti kehidupan mereka.