Isnin, 10/07/2006 –
AMB, yg punya kaitan dengan Pergerakan Fatah, dan Brigade Nasser Salahuddin, sayap tentera yg terkenal, telah bertanggungjawab menembak menggunakan dua missile terkini buatan sendiri di Israel, Sderot di Jalur Gaza.
Dua sayap tentera ini berkata gabungan mereka ini telah bersetuju untuk menembak menggunakan dua roket pagi Ahad dan askar mereka pulang dalam keadaan selamat. Empat askar Israel didapati telah tercedera dalam serangan Brigade Qassam juga di Sderot pagi Ahad tersebut.
Selain itu, sayap tentera Pergerakan Islam Jihad, iaitu Brigade Quds mengumumkan telah menyerang secara sederhana roket mereka di Bandar Ashkelon di Palestin. Kesemua sayap tentera ini mengesahkan tidak akan menghentikan serangan roket ke atas Israel sehingga rejim Israel menghentikan serangan ke atas rakyat Palestin.