
Isnin , 09/01/2012 – Ketua kerajaan pimpinan Hamas di Semenanjung Gaza, Perdana Menteri Ismail Haniyya, mengadakan lawatan ke Parlimen Turki pada hari Selasa, dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, yang menegaskan sokongan Turki kepada perjuangan rakyat Palestin.
Haniyya juga mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil daripada beberapa parti politik Turki, termasuk kumpulan-kumpulan Islam dan yang berhaluan kiri, dan memaklumkan kepada mereka mengenai situasi di Gaza dan penderitaan rakyat yang menghadapi serangan berterusan daripada Israel, dan sekatan yang tanpa henti.
Beliau juga menyatakan bahawa Jerusalem menghadapi ancaman yang serius disebabkan oleh dasar-dasar yang menyalahi undang-undang Israel seperti perobohan rumah, dan aktiviti pembinaan dan perluasan penempatan yang berterusan, sebagai tambahan kepada serangan terhadap tempat suci.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas