Categories
Berita Semasa

IOA rampas lagi 13 dunum tanah Jerusalem

Isnin , 09/01/2012 – Pihak berkuasa rejim Zionis (IOA) telah mengeluarkan arahan supaya 13 dunum lagi tanah rakyat Palestin di Wadi al-Jouz dirampas. Tanah terbabit terletak di wilayah Jerusalem yang dijajah rejim Zionis, kata Pusat Sosial dan Hak Ekonomi Quds pada Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah pusat tersebut, Ziyad al-Hammouri, kawasan yang terbabit itu adalah kawasan perindustrian yang merupakan satu-satunya kawasan yang masih didiaminya oleh penduduk asalnya di Kota Lama,
Jerusalem.

Menurut Hammouri, 170 orang peniaga akan kehilangan perniagaan mereka manakala lebih daripada 700 orang pekerja akan kehilangan perkerjaan setelah tanah terbabit dirampas kelak. Beliau juga mengutuk majlis daerah yang dikuasai oleh rejim Zionis dan
menafikan dakwaan mereka bahawa tindakan rampasan tanah terbabit adalah untuk kepentingan umum.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa