
Isnin , 09/01/2012 – Pada awal pagi Rabu, beberapa orang yang tidak dikenali telah membakar 2 buah trak warga Palestin dan menyembur cat slogan sayap kanan gerakan penduduk Israel.
Grafiti tersebut, lebih kurang sama dengan grafiti yang dicat di beberapa buah masjid, kereta, dan bangunan oleh penduduk Israel sejak beberapa minggu lepas, bertulis “Balas Dendam”, dan “Tanda Harga”. ‘Tanda Harga’ adalah simbol yang digunakan oleh sayap kanan penduduk Israel yang menyatakan warga Palestin harus ‘membayar harga’ kepada keputusan kerajaan Israel untuk memusnahkan penempatan haram warga Israel.
Beberapa buah kereta yang diletakkan sebuah pusat mencuci kereta di perkampungan Sharafat, kawasan Bethlehem tenggara Baitulmaqdis dimusnahkan pada serangan hari Rabu. Pusat cuci kereta tersebut terletak berdekatan pintu masuk ke penempatan Gilo – sebuah penempatan Israel yang dibina atas tanah curi milik Palestin di kawasan Bethlehem.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : blindstep
One reply on “Penduduk Israel Disyaki Bakar Kenderaan Warga Palestin di Bethlehem”
Semogar israel hilang dari permukaan dunia di bom oleh iran. Alahu akbar alahu akbar