Categories
Berita Semasa

Pertemuan Perundingan Amman Sia-sia dan Permainkan Hak Palestin

Isnin , 09/01/2012 – Anggota Dewan Legislatif Palestin, Ismail Asyqar mengkritik pertemuan perundingan antara Otoriti Palestin dan penjajah Israel di Amman dan menyebutnya sebagai menyia-nyiakan hak-hak Palestin. Ia hanya menyelamatkan dan memperbaiki citra Zionis Israel dan memberikan tali hayat kepada Israel. Beliau menegaskan bahawa pertemuan seperti ini tertolak secara nasional dan dinilai mempermainkan hak-hak dan kepentingan Palestin.

Asyqar melihat Otoriti Palestin di Ramallah bertanggungjawab penuh terhadap pertemuan seperti ini dan meminta wakil Palestin agar menghentikan usaha tersebut segera kerana perundingan itu dilaksanakan di luar konteks nasional Palestin.

Beliau menambah, “Wakil Palestin harus segera menghentikan perundingan yang tidak memberikan kebaikan nasional buat Palestin, namun memberikan keuntungan kepada penjajah Israel.” Beliau mengatakan, “Kami katakan kepada Otoriti Palestin dan wakil perunding Palestin, cukuplah mempermainkan dan menyia-nyiakan hak-hak dan kepentingan Palestin, Anda harus segera menghentikannya.”

sumber : COMES
penterjemah : osman