
Khamis , 12/01/2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) menyerbu kampung Sebastia di barat utara Nablus Selasa lalu dan menahan kanak-kanak di salah satu jalan di sana, kata sumber tempatan.
Seorang pegawai kampung di situ berkataaskar IOF menyekat jalan-jalan kampung dan menahan Ahmed Azem yang berusia 14 tahun tanpa memberi sebab penangkapan itu.
Sumber itu, berkata tentera-tentera keluar dari kampung itu tidak lama kemudian selepas menahan kanak-kanak itu, yang berkemungkinan dibawa ke pangkalan tentera IOF di penempatan bersebelahan Shavi Shimron.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz