
Khamis , 12/01/2012 – Keluarga tahanan politik di bandar Nablus mengadakan mogok pada Isnin lepas bagi menuntut pihak berkuasa Palestin dan pasukan keselamatan untuk membebaskan ahli keluarga mereka yang ditahan di penjara Al-Juneid.
Mogok tersebut adalah anjuran Jawatankuasa Keluarga Tahanan Politik dan Persatuan Belia Islam. Kedua-dua organisasi ini terlibat dalam perjuangan damai untuk mengawal dasar-dasar keselamatan pihak berkuasa Palestin dan mempertahankan kebebasan awam di Tebing Barat.
Para pembantah melaungkan “Kebebasan untuk Tahanan Al-Juneid” turut membawa gambar-gambar tahanan dan kain rentang yang menuntut pengakhiran kepada tangkapan politik demi pendamaian kebangsaan.
Tokoh-tokoh negara yang terkemuka, penggubal undang-undang dan aktivis hak asasi manusia dari Nablus juga mengambil bahagian dalam mogok tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : shafiqah