Kami akan menuntut bela !!

Rabu, 12/07/2006 –

Ribuan penduduk Gaza mengiringi pengkebumian empat orang penduduk Palestin termasuk tiga kanak-kanak yang terkorban syahid angkara serangan penceroboh rejim Zionis di Semenanjung Gaza pada Isnin (10/07/06) dan Selasa (11/07/06) yang lalu.

Penduduk yang marah menunjuk perasaan sambil melaungkan semangat untuk terus berjuang di samping mengutuk kezaliman jenayah zionis terhadap penduduk Palestin.

Sekumpulan pejuang bersenjata menembak ke udara semasa pengkebumian sambil bersumpah akan menuntut bela atas kezaliman ini. Sepuluh orang penduduk Palestin terbunuh pada hari Isnin lepas, tiga daripadanya akibat cedera dari serangan sebelumnya sementara 35 yang lain cedera akibat serangan regim Israel yang menceroboh sekitar Semenanjung Gaza.