Haneyya : 50 juta dollar sudah sampai.

Rabu ,12/07/2006 –
PM Palestin, Ismail Haneyya telah memberitahu menteri kabinetnya semasa persidangan mingguan bahawa dana sebanyak 50 juta dollar melalui Liga Arab telah sampai di Palestin.


Beliau berkata, sejumlah wang tersebut akan dipindahkan ke bank Palestin dan berharap dapat menyelesaikan krisis kemelut kewangan akibat sekatan ekonomi oleh Amerika dan sekutunya semenjak kemenangan HAMAS di dalam pilihanraya lepas.

PM Palestin menyifatkan saudara-saudara Arabnya akan dapat memindahkan sejumlah wang lagi pada masa akan datang demi membantu kerajaan HAMAS