Categories
Berita Semasa

Pendatang Binasakan Masjid, Bakar Kereta di Tebing Barat

Selasa , 17/01/2012 – Sekumpulan pendatang Israel berfahaman fundamentalis, pada hari Selasa malam, telah membakar tiga buah kereta milik rakyat Palestin diperkampungan Dir Estia, di Tebing Barat bahagian Salfit, dan membinasakan masjid tempatan dengan grafiti bertulis “Price Tag”.

Polis Israel melaporkan bahawa mereka sedang menyiasat serangan tersebut; Jurucakap polis, Micky Rosenfeld, menyatakan yang pendatang-pendatang tersebut telah menulis “Price Tag” dan Gal Arye Yosef’ pada dinding-dinding masjid tersebut.

Grafiti “Gal Arye” itu merujuk kepada penempatan haram kota kara yang telah dikosongkan dan digeledah pada hari Selasa.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar