Categories
Berita Semasa

Askar Israel Dibebaskan Walaupun Membunuh Rakyat Palestin

Selasa , 17/01/2012 – Empat tahun selepas sorang askar Israel menggunakan senapang patah untuk membunuh seorang rakyat Palestin dari daerah Bethlehem yang melawat keluarga di daerah Ramallah; mahkamah Israel membebaskan askar tersebut dan mendakwa bahawa tidak ada bukti yang cukup untuk mensabitkan askar tersebut, sambil menambah tiada pertuduhan difailkan terhadap penembak itu, Agensi Berita Arabs48 melaporkan.

Pusat Maklumat Israel untuk Hak Asasi Manusia di Wilayah Kependudukan, B’Tselem, mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa ia telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi Israel, pada 8 Ogos 2011, dan telah diberitahu bahawa pegawai yang menembak dan membunuh Firas Qasqas, 32, akan dihantar ke mahkamah. Tetapi pihak pendakwaan tidak pernah mengemukakan apa-apa caj yang akan difailkan ke atas askar tersebut.

Qasqas dibunuh pada 2 Disember 2007, apabila askar Israel menggunakan senapang patah untuk membunuhnya walaupun pada hakikatnya dia berada beratus-ratus meter di hadapan, tidak bersenjata dan tidak menampakkan sebarang ancaman.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas