Categories
Berita Semasa

Ahli Parlimen bebas, Khudari menyalahkan masyarakat dunia sebagai punca kelembapan pemulihan Gaza

Selasa , 17/01/2012 – Ahli Parlimen bebas Jamal Al-Khudari menyalahkan masyarakat dunia kerana gagal untuk menyertai usaha baikpulih di Semenanjung Gaza yang telah dimusnahkan oleh serangan Israel 3 tahun lalu.

Khudari yang juga merupakan ketua jawatankuasa popular menentang sekatan, berkata bahawa penarikan sekatan di Gaza akan menjadi titik penting untuk membolehkan projek pembangunan percuma dijalankan.

Ahli Parlimen itu dalam temuramahnya bersama rangkaian TV Al-Quds memuji negara-negara Jawatankuasa Kerjasama Teluk yang menawarkan 250 juta dollar untuk projek pembangunan kawasan pantai di samping usaha Turki melancarkan projek-projek pembangunan dan strategik.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati