Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Lancar Serangan Mendadak ke atas Gaza

Selasa , 17/01/2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) mara ke tengah Semenanjung Gaza dan telah bertembung dengan Pasukan Pertahanan Palestin lewat malam Selasa lepas, sumber melaporkan.

Dikatakan bahawa unit IOF menggunakan kereta perisai dan diiringi sejumlah jentolak menuju ke bandar di timur Deir Al-Balah dan kem pelarian Maghazi.

Tentera IOF telah memusnahkan kawasan berkenaan dan menembak sewenang-wenangnya di kuarters kediaman berdekatan, nyata sumber.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : shafiqah