
Selasa , 17/01/2012 – Anggota Dewan Lagislatif Fatah, Majid Abu Shamalah menyatakan, sejak awal Mahmud Abbas menjabat ketua otoriti Palestin, beliau melaungkan slogan negara administratif dan undang-undang, namun begitu banyak pelanggaran undang-undang dan hak asasi manusia yang berlaku di Tebing Barat.
Abu Shamalah menyatakan bahawa Abbas menghapus hak imuniti bagi tokoh Fatah yang dipecat, Muhammad Dahlan. Ada banyak usaha yang dilakukan Abbas untuk mengganggu kerja parlimen dan menghalangi gerak kerja mereka untuk melindungi kepentingannya.
Jika benar isu yang beredar mengenai pelanggaran undang-undang dan penghapusan imuniti parlimen sama ada melalui keputusan mahupun arahan ia seumpama menguburkan demokrasi dan tugas parlimen secara penuh.
Sementara itu anggota Dewan Revolusi Fatah, Samir Misharwai menyatakan, sejak Abbas menjawat ketua otoriti Palestin dan ketua gerakan Fatah, banyak kerugian di pihak pemerintahan dan legislatif, Gaza terlepas secara politik. Fatah kehilangan roh perjuangan dan perlawanan, ungkapnya.
sumber : COMES
penterjemah : osman