
Jumaat , 20/01/2012 – Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon, pada hari ahad telah menuntut penyingkiran pendudukan Israel di wilayah Palestin yang diduduki, memandangkan pendudukan Israel yang berterusan itu menghalang kepada penubuhan Negara Palestin yang merdeka, lapor Agensi Berita Maan pada petang Ahad.
Kenyataan Ki-Moon dikeluarkan pada hari Ahad di ibu Negara Lubnan, Beirut, ketika beliau menyampaikan ucapan sebelum Persidangan Antarabangsa mengenai Pembaharuan dan Peralihan kepada Demokrasi, menurut siaran laman web Ibrani, “Richet Beit”.
Beliau yang menyatakan bahawa pendudukan Israel merupakan satu halangan kepada penubuhan Negara Palestin, menyeru agar dihentikan semua pembinaan penempatan Israel di Tebing Barat yang telah diduduki, memandangkan kedua-dua penempatan Israel yang lama dan yang baru adalah tidak sah.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : amsyar