Categories
Berita Semasa

Peneroka-peneroka Israel Membakar Kereta Kepunyaan Pegawai Kanan P.A.

Jumaat , 20/01/2012 – Pada hari Isnin, peneroka Israel membakar kereta seorang Pegawai Perisikan Pihak Berkuasa Palestin, Mohammad Ghannam, di Tebing Barat Bandar Rammallah, agensi berita Palestin, Ma’an melaporkan.

Ghannam menyatakan bahawa kereta tersebut diletakkan di hadapan rumahnya di kampung Dir Dibwan, berdekatan Ramallah, apabila melihat keretanya dibakar oleh peneroka Israel, yang kemudiannya melarikan diri.

Pada minggu yang lepas, peneroka-peneroka membakar sebuah kereta di bandar Hebron dan menyerang sepasukan konvoi kereta yang membawa pegawai keselamatan kanan PA.

sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : ayyas