Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi manusia berkempen untuk mengakhiri pengharaman atas lawatan kepada banduan Gaza.

Jumaat , 20/01/2012 – Ansar Al-Asra, kumpulan hak asasi manusia telah menyarankan Palang Merah dan institusi antarabangsa memberi tekanan kepada kerajaan Israel untuk membenarkan keluarga kepada tahanan Gaza untuk melawat.

Mereka berkata dalam satu kenyataan akhbar Ahad lalu yang perlunya ada lobi tekanan antarabangsa untuk menamatkan penderitaan keluarga dan
kaum kerabat tahanan yang tidak dibenarkan lagi untuk melawat tahanan sejak tahun 2006 apabila tentera Israel, Gilad Shalit telah ditawan di Gaza.

Kumpulan itu berkata bahawa banduan Gaza juga tidak dibenarkan untuk membeli keperluan peribadi dan pakaian musim sejuk, yang biasanya
dibekalkan oleh saudara-mara mereka.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul

One reply on “Kumpulan hak asasi manusia berkempen untuk mengakhiri pengharaman atas lawatan kepada banduan Gaza.”

Comments are closed.