
Jumaat , 20/01/2012 – Tentera Zionis Israel (IOF) telah menahan 14 rakyat Palestin dalam sekatan jalan raya di Tebing Barat sejak awal tahun 2012 termasuk tiga wanita, menurut yayasan hak asasi manusia antarabangsa Tadamun pada hari Ahad.
Ahmed Tobasi, seorang peguam dan penyelidik Tadamun berkata tentera IOF membuat halangan memalukan dan melambatkan warga Palestin ketika perjalanan ke tempat kerja, sekolah, dan universiti.
Beliau berkata semasa sekatan jalanraya, tahanan ditinggalkan selama berjam-jam dalam kesejukan serta ditutup mata dan digari selain dipukul dan dihina.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz