
Sabtu , 21/01/2012 – Gaza memerlukan 100 ribu buah rumah baru selepas berlakunya serangan oleh rejim Zionis di kawasan persisiran pantai, kata Gabungan Organisasi Islam (OIC) dalam satu laporan bulanannya berhubung situasi kemanusiaan di Gaza yang dikeluarkan pada Ahad lepas.
Organisasi tersebut menyeru Negara-negara anggotanya supaya mempercepatkan usaha memberi bantuan bagi membaik-pulih rumah-rumah yang musnah di Gaza serta membina rumah-rumah baru. Tambahnya lagi, sekatan oleh rejim Zionis yang telah berlaku selama 6 tahun di semenanjung Gaza memburukkan lagi keadaan (kekurangan
tempat tinggal). Sementara itu, beribu-ribu keluarga dilaporkan masih tidak mempunyai rumah. Setakat ini 350 buah rumah telah dibaik-pulih manakala 600 buah lagi masih dalam pembinaan.
Menurut OIC lagi, walaupun sebelum berlakunya peperangan Israel 3 tahun lalu, sebanyak 3600 buah rumah di Gaza telah dimusnahkan sewaktu pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan oleh rejim Zionis. Mangsa yang terlibat ada yang menumpang hidup di rumah saudara-mara dan ada juga yang menyewa rumah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa