Categories
Berita Semasa

Israel Penjara Dweik Enam Bulan Tanpa Perbicaraan

Khamis, 26-01-2012 – Badan Pendudukan Israel (IOA) telah mengarahkan penahanan Dr Aziz Dweik, speaker Majlis Perundangan Palestin (PLC) , untuk dipenjara selama enam bulan tanpa perbicaraan.

Peguam speaker tersebut, Fadi Qawasme, berkata bahawa Dweik sepatutnya muncul dalam mahkamah Ofer pada hari Isnin, namun mahkamah tidak bersidang. Tambah beliau, pada hari Selasa pihak pentadbiran penjara Ofer memaklumkan kepadanya bahawa Dweik dijatuhi hukuman enam bulan dalam tahanan pentadbiran.

Pejabat speaker mengeluarkan kenyataan mengecam “hukuman menindas” tersebut kerana tiada perwajaran undang-undang dikemukakan. Kenyataan tersebut mendakwa bahawa IOA telah cuba menghalang perjalanan dan kelancaran Parlimen Palestin setelah termeterai perjanjian dalaman baru-baru ini bagi mengadakan sesi PLC pada awal Februari.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syafiqah