Categories
Berita Semasa

Zionis tahan Toutah dan Abu Arafah selama 6 hari untuk “selesaikan penyiasatan”

Khamis, 26-01-2012 – Mahkamah Zionis dekat Bandar Al-Quds pada petang Selasa memanjangkan penahanan Timbalam Menteri Al-Quds Muhammah Toutah dan bekas Menteri Quds, Khaled Abu Arafah untuk menyelesaikan penyiasatan terhadap mereka.

Sumber hak asasi manusia menyebut bahawa hakim Mahkamah Zionis di Al-Quds memutuskan bahawa penahanan mereka akan dipanjangkan lagi 6 hari sehingga Ahad depan, untuk menyelesaikan penyiasatan terhadap mereka seperti yang diarahkan oleh Kementerian Ketenteraan.

Sumber itu turut memberitahu bahawa Zionis menahan mereka susulan dari laporan Pusat Aduan Saman di Bandar Al-Quds dengan tuduhan menjadi “penduduk tanpa izin” dala bandar Al-Quds, dan melanggar undang-undang Zionis.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Nur Azleen