Categories
Berita Semasa

IOF tangkap 7 penduduk Palestin termasuk 2 adik-beradik

Khamis, 02-02-2012 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah menangkap 7 orang penduduk Palestin di beberapa tempat di Tebing Barat menjelang waktu Subuh hari Khamis lalu. 2 daripada mangsa adalah adik-beradik, kata sumber tempatan.

Menurut mereka lagi, IOF menangkap kedua-dua adik-beradik itu selepas menceroboh ke dalam rumah mereka di Kampung Samu, selatan Al-Khalil. Beberapa buah rumah juga telah dibaling dengan bom tangan.

Sumber itu juga memaklumkan bahawa mangsa ketiga telah ditangkap dari wilayah Al-Khalil selepas IOF menyerbu bengkel yang sedang dijaga mangsa, yang terletak di Kampung Beit Kahel, utara Al-Khalil. IOF juga menceroboh beberapa buah rumah penduduk Palestin yang lain di Al-Khalil dan membaling bom sonik ketika operasi tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa