Khamis, 02-02-2012 – Agensi Info dan Berita Palestin, WAFA, melaporkan bahawa seorang penduduk Yahudi mengambil alih tanah rakyat Palestin secara haram berhampiran utara bandar Tebing Barat Jenin dengan membina pagar mengelilingi kawasan tersebut, juga mendakwa tanah tersebut adalah kepunyaannya.
Tanah tersebut terletak berhampiran Kampung nazlat Zeid, dan terletak di belakang Dinding Perbatasan Israel. WAFA menyatakan, minggu lalu, peneroka tersebut, yang dikenali sebagai Eli, memagari tanah milik Abdul-Raouf Barry dan beberapa orang saudaranya, serta mendakwa bahawa beliau “menyewa tanah daripada kerajaan Israel.” Tanah tersebut merupakan hak milik persendirian keluarga Barry.
sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas