Categories
Berita Semasa

Tiga Penduduk Hebron di culik Askar

Jumaat, 03-02-2012 – Tiga rakyat Palestin di bandar Hebron yang terletak di selatan Tebing Barat dan di pekan berhampiran Beit Ummar, telah di culik askar-askar Israel pada hari Sabtu malam dan diwaktu subuh hari Ahad sebelum membawa mereka ke destinasi yang tidak diketahui.

Askar tersebut memecah masuk dan menggeledah rumah Fathi Ikhlayyil, di Beit Ummar, dan memaksanya dan dua orang anak lelakinya keluar, dimana mereka ditahan dalam ksejukan selama 90 minit tanpa kerelaan mereka, sehingga anak lelaki sulungnya, Nasr, 23, pulang dari kerja malamnya. Askar-askar tersebut kemudiannya melepaskan ayah dan dua orang anaknya, dan mengambil Nasr.

Setelah itu, askar-askar tersebut menyerang rumah Nasser Al-Allami, dan menculik anak lelakinya Mohammad, 20, yang baru pulang dari Jordan atas urusan bisnes.

sumber : IMEMC News
penterjemah : amsyar