Categories
Berita Semasa

Hamas Mengutuk Tindakan Setiausaha Agung PBB Kerana Enggan Bertemu Keluarga Tahanan

Rabu, 08-02-2012 – Pergerakan Hamas telah mengutuk sikap Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon kerana enggan bertemu dengan keluarga tahanan politik Palestin yang ditahan oleh Israel dan memberi kenyataan bahawa keengganannya itu disebabkan tugasannya yang belum selesai.

Dalam satu kenyataan media, Hamas memberi kenyataan yang beliau enggan bertemu dengan keluarga mangsa pembunuhan dalam siri keganasan Israel dan juga keluarga tahanan oleh Israel.” Ki-moon telah melanggar prinsip dan peraturan yang diamalkan oleh PBB”.

Pergerakan tersebut menyeru semua puak yang lain untuk mengisytiharkan bantahan mereka terhadap pendirian Setiausaha Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan menyeru PBB menyokong rakyat Palestin, yang tinggal dibawah tawanan haram Israel, dan serangan berterusan oleh tentera Israel serta peneroka bersenjata di Tebing Barat.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon