Categories
Berita Semasa

PLO Memohon Maaf Kepada Ban Ki-moon

Rabu, 08-02-2012 – Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang mengeluarkan permohonan maaf kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, selepas beberapa orang penunjuk perasaan di Gaza membaling kasut sewaktu konvoi beliau memasuki Semenanjung Gaza pada hari Khamis.

Para penunjuk perasaan melahirkan kemarahan dan kekecewaan mereka selepas ketua PBB enggan menemui keluarga tahanan politik Palestin yang diadakan oleh Israel, dan keluarga mangsa-mangsa perang Israel di Gaza.

PLO mengatakan bahawa Palestin sentiasa mengalu-alukan pegawai-pegawai yang mengadakan lawatan dan bercadang untuk melawat wilayah Palestin untuk menyaksikan penderitaan yang dialami sepanjang pendudukan dan pengepungan Israel, dan menyaksikan tindakan haram Israel yang jelas melanggar Undang-undang Antarabangsa.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas