
Khamis, 09-02-2012 – Saudara-mara tahanan penjara berketurunan Palestin yang dipenjarakan di Negara haram Israel serta mangsa Perang Israel ke atas Gaza, menyambut ketibaan Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon di pintu sempadan Beit Hanun, utara Gaza pada Khamis lalu dengan memegang sepanduk protes.
Sumber tempatan memaklumkan Pusat Informasi Palestin (PIC) saudara-mara mangsa membaling kasut ke arah konvoi PBB sambil memegang sepanduk “Ban Ki-Moon, hentikan sikap pro-Israel”. Manakala orang awam yang menyertai protes itu memegang poster yang mempertikaikan peranan PBB dalam isu penculikan ahli-ahli Parlimen mereka serta sekata rejim Zionis ke atas Gaza dan pemusnahan besar-besaran rumah-rumah penduduk Palestin. Ada juga yang memegang poster yang mewakili tahanan penjara yang diasingkan supaya PBB campur tangan untuk menghentikan tindakan rejim Zionis itu.
Kebanyakan tokoh dan pejuang Palestin telah mengisytiharkan boikot ke atas mesyuarat yang dijadualkan bakal diadakan dengan Ban Ki-Moon sebagai tanda protes terhadap keengganannya menemui wakil-wakil bagi saudara-mara mangsa.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa