
Khamis, 09-02-2012 – Menteri kesihatan Palestin Dr Basim Naim telah memberi amaran tragedi kesihatan di Semenanjung Gaza sekiranya berlaku gangguan bekalan kuasa berterusan.
Beliau berkata dalam siaran akhbar pada hari Khamis bahawa setiap hari gangguan selama 10 jam mengancam pemberhentian perkhidmatan kesihatan yang penting seperti teater pembedahan, unit rawatan rapi, dan mesin dialisis buah pinggang.
Naim berkata bahawa bergantung kepada generator tidak dapat menjadi penyelesaian, kerana tenaga yang dihasilkan oleh penjana tersebut tidak cukup untuk mengendalikan mesin perubatan secara cekap, yang boleh memberi kesan buruk ke atas mesin dan boleh membawa kepada kerosakkannya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : syuhada