Categories
Berita Semasa

Hakim Memerintahkan Profesor Kekal Berada Dalam Penjara Tanpa Pertuduhan

Ahad, 12-02-2012 – Mahkamah ketenteraan Israel telah melanjutkan pengurusan tahanan selama dua bulan sebagai tambahan kepada tiga bulan bagi penahanan peguam hak sivil Dr. Yousef Abdul Haq, seorang pensyarah di Univeersiti Kebangsaan An-Najah dan Penyelaras Kebudayaan Forum Kesederan Kebudayaan Tanweer Palestin, buat masa ini ditahan di Penjara Ofer berhampiran Ramallah.

Yousef Abdul Haq telah ditangkap pada 7/11/2011 di rumahnya pada pukul dua pagi, menghidap penyakit yang memerlukan rawatan perubatan berterusan memaksa beliau dipindahkan ke hospital sejurus selepas ditangkap di Ramle. Beliau dijatuhi hukuman dua bulan berada dalam tahanan pengurusan tahanan serta-merta.

Pengurusan tahanan yang dibuat sesuka hati ini adalah salah di sisi undang-undang dengan standard asas piawaian antarabangsa hak asasi manusia, kerana penahanan ini dibuat tanpa apa-apa pertuduhan khusus terhadap tahanan, penahanan ini juga bergantung kepada fail ketenteraan dan bukti rahsia yang tidak didedahkan kepada tahanan dan peguamnya; fail ini disediakan oleh pengumpul maklumat perisikan Israel yang dibuat secara haram.

sumber : IMEMC News
penterjemah : ayyas