Categories
Berita Semasa

Peneroka Haram Israel Serang Stesen Minyak di Jenin

Ahad, 12-02-2012 – Beberapa peneroka haram Israel yang bersenjata telah menyerang stesen minyak milik warga Palestin, kelmarin di Jenin. Kejadian berlaku di Selatan Tebing Barat dan memaksa pemilik dan pelanggan stesen minyak itu lari menyelamatkan diri.

Stesen minyak yang di serang, iaitu Jar Station terletak di jalan Jenin-Nablus. Tiada kecederaan dilaporkan. Selain daripada itu, peneroka haram Israel itu juga menyerang pengkalan luar yang berdekatan dengan tempat kejadian yang telah dikawal dan dipindahkan oleh tentera Israel.

sumber : IMEMC News
penterjemah : solomon