Categories
Berita Semasa

Yayasan Aqsa Beri Amaran Israel Cadang Luaskan Penempatan Yahudi di Jerusalem

Ahad, 12-02-2012 – Yaysan Aqsa untuk Wakaf dan Warisan mendedahkan rancangan Israel untuk memperluaskan kejiranan haram Yahudi di bandar lama Baitulmuqaddis di atas tanah Palestin milik biara Armenia.

Dalam satu laporan pada hari Rabu, Yayasan Aqsa menyatakan bahawa pelan ini adalah sebahagian skim pengyahudian yang komprehensif untuk menukar monumen dan mercu tanda Islam dan Kristian di kawasan kejiranan Al-Sharaf, yang telah dirampas oleh pendudukan Israel pada tahun 1967 dan kemudiannya dinamakan sebagai penempatan Yahudi.

Kejiranan ini adalah bersebelahan dengan pintu Al-Maghariba dan kawasan dinding Al-Buraq.

Menurut maklumat yang diperolehi oleh yayasan Aqsa, pelan Israel, yang dijalankan oleh syarikat bagi pembangunan suku Yahudi di bandar lama Baitulmuqaddis terdiri daripada kediaman, hotel, pusat membeli-belah, kemudahan awam dan tempat letak kereta bawah tanah.

Rancangan itu juga termasuk pembinaan terowong bawah tanah melanjutkan dari tempat letak kereta kepada pintu Al-Maghariba, dan pintu masuk ke terowong ini akan didirikan di kawasan pintu Nabi Daud di dinding barat daya bandar lama Baitulmuqaddis.

Terowong ini akan menjadi sebahagian daripada rangkaian terowong yang wujud di bawah kota Jerusalem dan mengelilingi Masjid Al-Aqsa, menurut laporan itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : ameen