Categories
Berita Semasa

Liga Arab minta Vatican agar tidak menandatangani perjanjian dengan Israel

Ahad, 12-02-2012 – Liga Arab telah meminta Vatican agar tidak menandatangani apa-apa perjanjian dengan Israel tanpa meminda perkara di dalam undang-undang antarabangsa.

Pembantu Setiausaha Agung Liga Arab untuk Palestin, Mohammed Subaih berkata dalam satu kenyataannya pada Ahad bahawa Vatican patut meminta nasihat daripada Liga Arab sebelum menandatangani perjanjian dengan Israel.

Beliau mengulas bahawa perjanjian sedemikian akan melanggar undang-undang antarabangsa yang yang menyatakan timur Baitulmuqaddis sebagai sebahagian jajahan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : idawati