Categories
Berita Semasa

Walaupun ada Perjanjian Doha, tangkapan politik dan proses ‘pembersihan’ berterusan di Tebing Barat

Ahad, 12-02-2012 – Semua Perjanjian Perpaduan Dalaman Palestin terutamanya yang terbaru yang dikenali sebagai Perjanjian Doha nampaknya seperti tidak dapat membendung kegiatan PA yang dikuasai oleh Fatah, melakukan tangkapan bermotifkan politik serta ‘pembersihan’ daripada jawatan yang disandang oleh anggota dan penyokong Hamas.

Di Bandar Qalqiliya, utara Tebing Barat, pasukan tentera PA telah menculik seorang pelajar Kolej Da’wa iaitu Abdullah Nofal serta menangkap salah seorang rakan mangsa selama beberapa jam ketika mereka berada di dalam kampus.

Sementara itu, sebuah Mahkamah Tentera yang dikuasai PA melanjutkan penahanan seorang pelajar, Muthana Ashtiya dari Kolej Teknikal Palestin selama 15 hari lagi untuk kali kedua berturut-turut selepas perbicaraannya ditangguh beberapa kali. Kerajaan PA juga memecat Yazid Tanbour yang merupakan seorang guru hanya kerana hubungan politiknya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : salwa