
Ahad, 12-02-2012 – Rabi Yahudi yang menjadi rujukan keagamaan entiti Israel menyeru untuk menduduki Gaza dan kota Aris Mesir dengan alasan kedua-dua kawasan ini sebagai sebahagian dari negara Israel Raya.
Laman web Sarojem Israel menukil pernyataan rabi Samuel, “Gaza dan kota Aris merupakan sebagian dari Israel Raya, tidak ada perbezaan dalam masalah ini, terutama kerana Gaza disebutkan dalam Taurat milik Israel termasuk dalam kota suci beberapa kali,” ungkapnya.
Sejumlah media Israel menyiarkan pernyataan rabi Samuel bahawa tidak ada diskusi berkenaan sempadan Selatan berkait wasiat Israel ketika ini. Menurutnya semua jalan di sepanjang pantai Barat Palestin sampai kota Aris Mesir dianggap sebagai bahagian dari wilayah Israel, termasuk negeri Kan’an dan mencakupi kawasan sekeliling Israel, mulai dari Sinai, Aris sehingga sungai Efrat, tegasnya.
sumber : COMES
penterjemah : Osman